Monday 15 December 2008

Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan



Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelihhaiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidakberperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutamaketika amalan korban pada Aidiladha.Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasanamalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikanbetapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutanelektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itupengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.


Selain itu, kononnya tindakanmereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum iamati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalahjelas terutama membabitkan daging.


Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, danmati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala." (Tafsir al-Rahman, Jakim).


Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher. Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikajipakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.


Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional danagama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah Islamterbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutanelektrik ke atas haiwan sebelum dibunuhseperti yang diamalkan olehBarat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.Dalamkajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat padaotak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwanterbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekorhaiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwanlain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).Ketikaujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) danelectrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.


Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertamaketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada grafsama seperti sebelum penyembelihan.Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saatkedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasaisebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar,jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibattindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan,menurut penyelidikan itu.Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedahCBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP danEEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan ituberhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwanyang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan."




Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan?
Oleh edika_isk"

No comments:

Post a Comment